Okey La! "HACKER" PS3 DAPAT TAWARAN KERJE BERSAMA FACEBOOK



Facebook dilaporkan telah mengambil George Hotz, yang menggodam sistem bagi model-model iPhone dan PS3 untuk bekerja di syarikat gergasi tersebut.

Hotz, 21, adalah individu pertama yang mencipta software di mana pengguna boleh menggunakan segala aplikasi iPhone secara percuma, atau dikenali sebagai jailbreak.

Beliau kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap PS3.

Sony dikatakan telah menyaman Hotz atas perbuatan tersebut.

Menurut TechUnwrapped, Hotz telah menerima perkerjaan yang ditawarkan oleh Facebook.

Berkemungkinan ia adalah sebuah projek bagi aplikasi untuk iPad.

Salah seorang daripada ahli kumpulan Chronic-Dev Team, Joshua Hill dilaporkan mengetahui tawaran yang diberikan kepada Hotz apabila Hotz menarik diri daripada satu perlawanan menggodam iPad 2 yang akan dijalankan tidak lama lagi kerana status beliau sebagai staf laman sosial tersebut




SUMBER DARI MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment

no **** please